Tuesday, February 22, 2011

ARGHHH.. PISTON JEM..

Salam...
PEKASAM..menu nie amat popular di bahagian utara tanah air seperti Perlis dan Kedah..Pekasam ade 2 jenis..pertama ikan pekasam kering..kedua pekasam basah..pekasam kering seperti yg korang tgk kat gambar di atas tu...kalau pekasam basah..dia lebih kepada berair..aku lebih suka buat pekasam kering..sbb pekasam basah lebih kuat baunya dan cepat rosak..x tahan lama..berbeda dari pekasam kering..

Pekasam nie selalunya menggunakan ikan air tawar..lebih popular ikan yg duduk kat sawah padi..seperti ikan PUYU..SEPAT..ikan len pon bleh gak..seperti TALAPIA, LAMPAM, TERBOL, TEMPERAS dan banyak lagi ikan-ikan air tawar yg bleh dibuat pekasam..tapi RASANYA KURANG SEDAP..

Aku ader buat jual pekasam nie..tapi bergantung pada STOK dan kalau orang tua aku datang ker KL..sekarang nie pon permintaan ikan pekasam dari rakan2 aku di opiz x dpt ditunaikan..STOCK x der..mintak maaf bebanyak la yer saper yang x dpt pekasam lagi..TUNGGU STOCK sampai dari perlis..STOCK yang ader pada aku skg hanya 1kg..IKAN LAMPAM..tu pon dah ader org tempah awal2...tp bukan ikan sawah..IKAN LAMPAM JAWA..




Dah mcm blog resipi la plak..hahhaha..JOM2 berbalik pada perkara asal blog ini diwujudkan..mcm tag line blog nie..TIADA MINGGU TANPA MEMANCING, arie rabu lepas aku turun ngail di sungai yang mana telah menjadi SPORT aku tiap minggu..SUNGAI LANGAT SEBELAH TOL BATU 11..kenapa HARI RABU..tak JUMAAT..sebab skg OFF DAY aku dah berubah..RABU dan SABTU..cuma sungai je x berubah..mcm biasa la..aku turun mancing SENSORANG..mcm selalu..

Disebabkan dah 2,3 arie KL x hujan..paras AIR SUNGAI menjadi rendah..kali nie aku plan buat BASE CAMP kat pulau..kena RANDUK (redah) air paras betis untuk ke pulau tersebut..sebelum nie aku ader buat topik sungai nie..cuma beza kali nie aku berubah tempat untuk menjadi PENUNGGU KAIL...


 Gambar dari atas tebing untuk ke BASE CAMP (pulau).

 Paras air sungai tak berapa tinggi. Tebing air turun dalam gambar nie menjadi 
penanda untuk tahu paras air sungai..

 Nie la PULAU yg aku katakan tadi..

 Cuba peratikan TIN ATAS BATU (kanan) yang ader BEKAS PUTIH. Tu la penandan yang aku buat untuk berwaspada tentang paras air sungai..Agak bahaya kalau tak de penanda. Tengah leka tunggu ikan. Air naik kite x sedar..Kaedah nie selalu diguna pakai ketika memancing di sungai2 besar atau pun sungai di dalam hutan, kerana KEPALA AIR menjadi ancaman besar kepada pemancing..sekali dia turun..
SEMUA DIA SAPU..

Disebabkan paras air rendah. Terbentuk lagi sebuah PULAU. Peratikan Pulau pasir di depan BASE CAMP aku untuk arie tu..Kalau dapat duduk kat BETING PASIR tu lagi best. Betul2 mengadap lubuk.

 Gambar nie menunjukkan BASE CAMP baru dan lama aku. Kawasan rumput bertebing tinggi tu tmpt aku jadi PENUNGGU KAIL kat post awal2 dulu.. 3 batang senjata pemusnah aku pertaruhkan kali ini.

Dua di antara tiga senjata kesayangan aku telah bersedia BERKHIDMAT pada pencarian kali nie.

Penantian aku kali nie agak membosankan..sejak aku start mancing sampai la ke pukul 10 malam x der seekor pon ikan MEMATUK umpan..senyap sunyi..terdetik dalam kepala aku.. "membangau la jawapnya aku mlm nie". TAPI........menjelang pukul 10.30 mlm..lepas hujan rintik2 berhenti......

 SI LAMPAM nie telah membunyikan LOCENG di hujung rod aku. Dengan bunyi LOCENG yang galak. Aku yakin si lampam dah jumpa UMPAN CENGKERIK aku. Tersenyum aku pegang kail menanti saat untuk merembat SENJATA PEMUSNAH. LAMPAM JAWA sebesar tapak tangan gorila
tumpas di mata pancing saiz 12 udang.

 Dah naik sekor. Cepat2 aku gulung kail yang 1 lagi. Baling di tempat kail pertama daratkan LAMPAM. Tak sampai 5 minit. LOCENG kail yg aku pindahkan tadi MENGALUNKAN IRAMA MERDU. Senyuman terukir lagi. Lampam ke2 berjaya didaratkan. 2 ekor lampam berjaya aku tumpaskan dalam masa 10 minit. Tu la berkat sabar MEMBANGAU dari awal tadi.

Dah masuk minit2 akhir. Umpan cengkerik yg aku bli tadi sebanyak RM2 inggit dah nak abis.. LOCENG MENJERIT GARANG. Aku x terus rembat. Sebaliknya aku pegang dulu kail tu. Rasa tali. Hushhh..layannnn..dapat rasa si ikan memagut2 umpan. Bile dah rase waktu yg sesuai, apa lagi. Rembat.. Dengan SENJATA AKSI RINGAN, aku puas melayan LARIAN LAMPAM SUNGAI meredah arus.

Jam dah tunjukkan masa untuk aku berangkat balik. 12.15 pagi. Sesuai la kemas2 barang, kumpul2kan sampah untuk dibakar. Aku gulung senjata untuk MENGODA BAUNG. "Alamak..apsal ketat semacam je real aku ni"..Adoi..sah2 PISTON JEM. Kampoi (gulung) pakai tangan la jwpnya..aku cuba repair..godek2 x mau jgk..PISTON DAH SANGKUT ABIS. Alamatnya kena anta kedai Tack Seng Pudu la jwpnya..tali 40 paun Iciban baru je aku masukkan...Malam tu, 3 ekor lampam aku berjaya kail. Terpikir aku, "Kenapa tak lebih 3 ekor ye"..stakat nie x penah bawak balik lebih dari 3 ekor ikan lampam sungai nie. Alhamdulillah..Tu lah rezeki yang telah ditetapkan olehNya untuk aku mlm nie.

Aku mintak maaf la kepada pembaca2 blog PENUNGGU KAIL nie sebb lambat update. Minggu lepas aku sibuk skit. Ader trip memancing di KELONG GREENWAY PULAU KETAM. Balik dari tu buat 2 artikal untuk dihantar ke MAJALAH KEMBARA KAIL. Artikal pertama pasal MENGELAU. Artikal ke2 pasal trip PULAU KETAM. Aku diberi peluang untuk menjadi stringer (wartawan sambilan) untuk majalah tersebut. So, byak benda nak kena set up di awal2 penglibatan aku dalam BIDANG PENULISAN nie.termasuklah mencari kaki2 pancing untuk di INTERVIEW. Stakat nie dah 4,5 org kaki pancing yang setuju untuk aku interview. Semua dari pelusok negeri. Sabah, Sarawak, Singapura, Terengganu dan banyak lagi kaki2 pancing yang nak bagi aku story pasal trip diorang.

Dengan peluang yang diberikan oleh pihak MAJALAH KEMBARA KAIL dan MENULIS TENTANG HOBI KEGILAAN AKU, ia akan menjadi satu kerja yang menarik. Disamping tu dapat la tambah2 pendapatan melalui penulisan tu. Tu la org ckp, DARI HOBI MENJADI KERJAYA. Apa pun tunggu keluaran MAJALAH KEMBARA KAIL akan dtg. Dari situ aku akan cuba menilai tahap penulisan aku, dan yang paling penting. TUNGGU PAYMENT, Hikhikhik..kalau payment cantik, bleh la aku teruskan..

Tak lupa juga Terima kasih aku kepada pembaca2 yang memberi komen dan cadangan supaya aku wujudkan 1 post PASAL RESIPI PEKASAM. Juga pembaca2 yang bertanyakan "BILA NAK UPDATE BLOG, DAH BERSAWANG TU" hahhahaha secara tak langsung, itu semua membuatkan aku semangat nak update sebb ader MEREKA-MEREKA yang sedang menunggu artikal baru dari PENUNGGU KAIL..
akhir kata dari SIDANG PENUNGGU KAIL..

WASSALAM....

Thursday, February 3, 2011

Mengelau...

SALAM...
"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Ikan haruan yang menjadi kegemaran pengail ialah yang membawa anak. Ibu haruan biasanya besar seberat satu kilo yang membawa anak. 
 
Bok (rod) "mengelau" selalunya dibuat daripada buluh beting yang agak panjang. Hujungnya disalai dengan api dan dilentur seakan-akan huruf separa "U". Ia menggunakan tali yang dipintal atau perambut di hujungnya dengan mata kail yang agak besar yang boleh dibeli atau dibentuk sendiri.
Umpan yang digunakan ialah seekor katak minyak atau anak ayam. Anak ayam digunakan bagi mengacah anak-anak haruan supaya bertempiaran. Ibu haruan yang marah anaknya diusik akan menyambar anak ayam tersebut lalu membawa padahnya di mata kail. 

Biasanya aktiviti "mengelau" dilakukan pada waktu malam ataupun hampir pagi. Waktu ini dikatakan "masa ikan tengah galak" atau lapar. Setelah bakul atau raga penuh diisi, pengail akan pulang dengan penuh kepuasan...
  INFO EHSAN DARI www.mykedah2.com

MENGELAU..x ramai yg tau aper dia mengelau..teknik..waktu..petua..MENGELAU nie adalah cara tradisional pancing IKAN HARUAN yang mana dijalankan hanya waktu malam..benda yang paling penting dalam aktiviti MENGELAU nie ialah KEBERANIAN..bukan sbb ape..byk risiko..BINTANG BERBISA..ORANG SAMUN..HANTU..ORG KMPG DTG PUKUL INGATKAN PENCURI.. mcm2 lagi risiko dia..kalau x brani..susah la skit nak ajak turun MENGELAU..sbb..nt yg BERANI jadi TAKUT..

Nak dijadikan cite..aku cuti panjang arie tu..balik kmpg (Perlis)..kalau dah balik sana..otak aku secara otomatik akan teringatkan MENGELAU..susah nak pandai..aku ambik masa hampir dua tahun untuk pandai semua aspek dalam MENGELAU..

Dari teknik..petua..waktu dan keadaan air sungai perlu di ambik kire..kalau tidak..PENAT PUKOI KAKI kata org perlis...(penat bejalan)..Rod yang digunakan ialah rod telescop..panjang lbh kurang 15 kaki..mcm gambar bawah nie..

Nie gambar abah aku (kanan) ngan bdk2 (DEE RIMAU, (kiri) WAN KELEMBOI (tengah) yg dok ikot selalu turun MENGELAU..malam pekat..aku sengaja x buang tarikh n masa kat gambar tu..senang korang nak tau waktu dia..

KEADAAN PARAS dan AIR SUNGAI atau PARIT menjadi faktor PALING PENTING dalam aktiviti nie..lepas dah tau KEADAAN SUNGAI baru kita tau teknik yg macam mana perlu diguna pakai..kalau AIR DERAS (laju) kita kena HERET katak rapat dgn tebing..kalau air x begerak..kena HERET agak2 sekaki dari tebing..kalau sungai kecik..kena HERET ke tengah sungai (parit)..gambar bawah nie keadaan sungai yg kami mengelau malam tu...

Ha...apa mcm..ade BERAN ker nak join..kalau nasib..tempat ader lampu cerah la..kalau x der..alamatnyer begelap la..MENGELAU nie x bleh ramai2..bising2..ikan besar2 amatlah SENSETIF pada BUNYI mahupun LAMPU..lampu torchlight tidak dibenarkan sama sekali bukak melainkn waktu2 KECEMASAN..BEJALAN SAMBIL HERET kail plak x bleh berbunyi..kena tapak PERLAHAN2..pas tu..x bleh HERET KAIL dalam 2,3 org setempat..kena duduk jauh2..sungai panjang...so..pandai2 la carik port nak HERET KAIL..

Bukan x penah kena kacau ngan HANTU kalau MENGELAU nie..byk kali..stakat BULU TENGKOK tetiba naik..BUNYI TAPAK KAKI ORG IKUT BELAKANG..beralih blkg x der sapa pon..BUNYI2 PELIK DALAM SEMAK...BALAS (rembat) IKAN X NAIK..RASA KENE TEPUK BAHU...NAMPAK API SEBESAR BOLA SEPAK KAT TENGAH2 BENDANG (orang panggil TEGELONG atau HANTU RAYA)...TU SEMUA PERKARA BIASA..

Kawan ayah aku penah 'DIA' BAWAK BEJALAN JAUH..kawan ayah aku ingatkan ayah aku depan dia..so..dia ikut la..BLKG dia dah jalan jauh..smp abh aku CALL dia tanya dia kat belah mana..Pak Tam aku selaku SIFU kami dah lali kena 'KACAU'..smpaikan tunjuk muka..siap bersembang..tau2 bila tanya org kmpg situ..depa kata "EH...DIA TU DAH LAMA X DAK DAH (meninggal)..BILA HANG JUMPA DIA...??"....Hahahahhaha...Pak Tam aku sudah 'TERKENA'...

Gambar nie tunjukkan TEKNIK MENGELAU..
 PERATIKAN gambar nie betul2..nie la MENGELAU..disebabkan nak masuk dalam blog..segala TEKNIK dilanggar..FLASH CAMERA akan sebbkan ikan lari..HERET terlalu rapat pon x betol..nt ikan takot nak HENTAM KATAK...korang bayangkan dalam GELAP PEKAT MALAM..x nampak AIR..x nampak KAIL..just gunakan telinga untuk tahu ikan SAMBAR UMPAN.. Gambar aku yg depan (baju hitam)..korang perati betul2 aku sandang PLASTIK BERAS yg dah di modifite..ikan tali untuk sandang..senang kalau haruan naik..masukkan je dalam plastik tu..kadang2 tekejut Haruan MENGELUPOR dalam tu...mau nyer tidak..tengah senyap sunyi...SENSORANG plak tu...TERNAIK gak la DARAH SMP KEPALA sbb terkejut..hahahhaha...


 Nie hasil di PORT PERTAMA..MENGELAU nie kite kena tukar2 sungai..bukan hanya SUNGAI 1 kmpg je..kene TUKAR2 sungai kalau nak hasil byk..so..byk la kampung diredah..antara SUNGAI yg popular untuk mengelau ialah KMPG PIDA..area kodiang..KMPG SUNGAI AYAM DAGING..SUNGAI SEMUT GATAI..SUNGAI BUKIT HANTU..byk lagi la port2 sungai sekitar KEDAH DAN PERLIS..

 RAGA besi nie buat sendiri..TARAK JUAI PUNYA..BARANG TRADISIONAL yg diupgrade..kalau dulu kita pakai buluh..skg pakai BESI..tahan lama skit..

Nie antara tangkapan terbesar malam tu..hampir 1.5kg..nak jadi citer..malam tu ikan kurang mkn..sungai byk air (paras air tinggi)..AIR LAJU..ANGIN TIMUR kuat sgt..smpi wujudkan ALUN kat AIR SUNGAI..tu antara faktor2 ikan x HENTAM KAIL...

Paras air yg sesuai untuk mengelau nie kalau bleh AIR SUNGAI hampir2 kering..dalam 2/4 kelebaran sungai..HAAAAA....waktu tu..x smpai 4,5 tapak..HARUAN HENTAM KATAK..4,5 tapak..HENTAM LAGI..2 tapak...HENTAM LAGI..tu yg kadang2 1 malam bleh smp 30kg hasil tangkapan..RAGA yg gambar atas tu..penuh dgn ikan..smp x bleh nak sumbat dah..kena letak dalam bakul moto..TU LA PENANGAN MENGELAU..BYK HARUAN KITA BLEH TANGKAP..

Tangkapan byk2 tu kitaorg buat kering..lepas tu jual...RM40 sekilo..kalau nak tau rasa dia (tanya yob sport..aku ader bg kat dia mkn buat ubat)...MENGELAU jugak menjadi side income pada orang kampung dan kaki MENGELAU...

 DEE RIMAU tgh posing dengan haruan terbesar malam tu..

Jam dah menunjukkan jam 5.20am..nie la antara hasil yg kami dpt lepas 4,5 kali berubah sungai..hasil KURANG MEMUASKAN..tu yg sy cakap kat awal2 post td..PENAT PUKOI KAKI...kebanyakan sungai air byk lagi..skg mmg dah mula TIMOQ (musim kemarau)..tp..PADI x ambik lagi..maksudnya AIR SUNGAI org x lepaskan abis lagi...dalam 2,3 minggu lagi AIR SUNGAI CANTIK..makin kering..so..x kesampaian HAJAT aku nak REMBAT ikan Haruan byk2 balik kmpg kali nie...


 Kalau dah turun MENGELAU..comform2 dpt ikan HARUAN BESAR2..apa lagi..buat BANTUT (bakar) la...ramuan dia..NYOQ (kelapa)..CILI BESAR..BAWANG BESAR..GULA MELAKA..SERAI..KUNYIT..semua barang tu kasi BLAND..jgn lumat sgt..SEPARA LUMAT..Ikan Haruan tu BELAH BELAKANG..INTI yang BLAND td sumbat dalam badan dia..

gambar no2 tu..nmpk x menu mkn tgh hari kami..HARUAN BANTUT..REBUNG MADU MASAK AIR..IKAN PEKASAM GORENG..SAMBIL CILI PADI..NASI PANAS..

 Aktiviti waktu siang mancing IKAN PUYU..PAYA BLKG UMAH je..bukan setakat PUYU..HARUAN..KELI KAMPUNG..SEPAT BENUA, SEPAT RONGGENG..korang nampak x KWSN SAWAH PADI DPN tu..umah aku dekat je ngan kawasan BENDANG...


 Gamak cuaca panas..RGHABAT (panjat) POKOK NYOQ..sebelah je dgn PAYA tempat mancing td..ambik yg MUDA2..PANJAT SENDIRI..Tu..DEE RIMAU panjat x pakai aper2 pon..Relaks..

Tu la al-kisahnyer mengelau..sepanjang berada dikampung..Tiap2 malam turun  memancing..Memancing ikan KELI KAMPUNG..TILAN..LAMPAM...PUYU..
 Keli kampung..Beza dgn KELI AFRIKA, Keli kampung bersaiz kecil dan nampak garisan berbentuk di kepala..keli afrika nie bdn bintik2..bersaiz MEGATRON...

 IKAN TILAN nie sedap isinya..ASAL USUL nama dia dari percakapan ORG CINA..TELAN..sbb pelat..dia sebut TILAN..ikan nie kalau mkn kail..dah tentu2 TELAN MATA KAIL..alamatnyer potong je la mata kail korang...

Apa2 pon..kalau balik kmpg..aku mesti turun MENGELAU..x kire MUSIM KEMARAU ker..AIR SUNGAI TINGGI ker..IKAN HARUAN x galak mkn umpan ker..yg penting..TURUN DULU..ADA REZEKI..ADA LA..USAHA DULU..PUKOI KAKI PON PUKOI LA...penutup kata...

WASSALAM...