Salam...
PEKASAM..menu nie amat popular di bahagian utara tanah air seperti Perlis dan Kedah..Pekasam ade 2 jenis..pertama ikan pekasam kering..kedua pekasam basah..pekasam kering seperti yg korang tgk kat gambar di atas tu...kalau pekasam basah..dia lebih kepada berair..aku lebih suka buat pekasam kering..sbb pekasam basah lebih kuat baunya dan cepat rosak..x tahan lama..berbeda dari pekasam kering..
Pekasam nie selalunya menggunakan ikan air tawar..lebih popular ikan yg duduk kat sawah padi..seperti ikan PUYU..SEPAT..ikan len pon bleh gak..seperti TALAPIA, LAMPAM, TERBOL, TEMPERAS dan banyak lagi ikan-ikan air tawar yg bleh dibuat pekasam..tapi RASANYA KURANG SEDAP..
Aku ader buat jual pekasam nie..tapi bergantung pada STOK dan kalau orang tua aku datang ker KL..sekarang nie pon permintaan ikan pekasam dari rakan2 aku di opiz x dpt ditunaikan..STOCK x der..mintak maaf bebanyak la yer saper yang x dpt pekasam lagi..TUNGGU STOCK sampai dari perlis..STOCK yang ader pada aku skg hanya 1kg..IKAN LAMPAM..tu pon dah ader org tempah awal2...tp bukan ikan sawah..IKAN LAMPAM JAWA..
Dah mcm blog resipi la plak..hahhaha..JOM2 berbalik pada perkara asal blog ini diwujudkan..mcm tag line blog nie..TIADA MINGGU TANPA MEMANCING, arie rabu lepas aku turun ngail di sungai yang mana telah menjadi SPORT aku tiap minggu..SUNGAI LANGAT SEBELAH TOL BATU 11..kenapa HARI RABU..tak JUMAAT..sebab skg OFF DAY aku dah berubah..RABU dan SABTU..cuma sungai je x berubah..mcm biasa la..aku turun mancing SENSORANG..mcm selalu..
Disebabkan dah 2,3 arie KL x hujan..paras AIR SUNGAI menjadi rendah..kali nie aku plan buat BASE CAMP kat pulau..kena RANDUK (redah) air paras betis untuk ke pulau tersebut..sebelum nie aku ader buat topik sungai nie..cuma beza kali nie aku berubah tempat untuk menjadi PENUNGGU KAIL...
Gambar dari atas tebing untuk ke BASE CAMP (pulau).
Paras air sungai tak berapa tinggi. Tebing air turun dalam gambar nie menjadi
penanda untuk tahu paras air sungai..
Nie la PULAU yg aku katakan tadi..
Cuba peratikan TIN ATAS BATU (kanan) yang ader BEKAS PUTIH. Tu la penandan yang aku buat untuk berwaspada tentang paras air sungai..Agak bahaya kalau tak de penanda. Tengah leka tunggu ikan. Air naik kite x sedar..Kaedah nie selalu diguna pakai ketika memancing di sungai2 besar atau pun sungai di dalam hutan, kerana KEPALA AIR menjadi ancaman besar kepada pemancing..sekali dia turun..
SEMUA DIA SAPU..
Disebabkan paras air rendah. Terbentuk lagi sebuah PULAU. Peratikan Pulau pasir di depan BASE CAMP aku untuk arie tu..Kalau dapat duduk kat BETING PASIR tu lagi best. Betul2 mengadap lubuk.
Gambar nie menunjukkan BASE CAMP baru dan lama aku. Kawasan rumput bertebing tinggi tu tmpt aku jadi PENUNGGU KAIL kat post awal2 dulu.. 3 batang senjata pemusnah aku pertaruhkan kali ini.
Dua di antara tiga senjata kesayangan aku telah bersedia BERKHIDMAT pada pencarian kali nie.
Penantian aku kali nie agak membosankan..sejak aku start mancing sampai la ke pukul 10 malam x der seekor pon ikan MEMATUK umpan..senyap sunyi..terdetik dalam kepala aku.. "membangau la jawapnya aku mlm nie". TAPI........menjelang pukul 10.30 mlm..lepas hujan rintik2 berhenti......
SI LAMPAM nie telah membunyikan LOCENG di hujung rod aku. Dengan bunyi LOCENG yang galak. Aku yakin si lampam dah jumpa UMPAN CENGKERIK aku. Tersenyum aku pegang kail menanti saat untuk merembat SENJATA PEMUSNAH. LAMPAM JAWA sebesar tapak tangan gorila
tumpas di mata pancing saiz 12 udang.
Dah naik sekor. Cepat2 aku gulung kail yang 1 lagi. Baling di tempat kail pertama daratkan LAMPAM. Tak sampai 5 minit. LOCENG kail yg aku pindahkan tadi MENGALUNKAN IRAMA MERDU. Senyuman terukir lagi. Lampam ke2 berjaya didaratkan. 2 ekor lampam berjaya aku tumpaskan dalam masa 10 minit. Tu la berkat sabar MEMBANGAU dari awal tadi.
Dah masuk minit2 akhir. Umpan cengkerik yg aku bli tadi sebanyak RM2 inggit dah nak abis.. LOCENG MENJERIT GARANG. Aku x terus rembat. Sebaliknya aku pegang dulu kail tu. Rasa tali. Hushhh..layannnn..dapat rasa si ikan memagut2 umpan. Bile dah rase waktu yg sesuai, apa lagi. Rembat.. Dengan SENJATA AKSI RINGAN, aku puas melayan LARIAN LAMPAM SUNGAI meredah arus.
Jam dah tunjukkan masa untuk aku berangkat balik. 12.15 pagi. Sesuai la kemas2 barang, kumpul2kan sampah untuk dibakar. Aku gulung senjata untuk MENGODA BAUNG. "Alamak..apsal ketat semacam je real aku ni"..Adoi..sah2 PISTON JEM. Kampoi (gulung) pakai tangan la jwpnya..aku cuba repair..godek2 x mau jgk..PISTON DAH SANGKUT ABIS. Alamatnya kena anta kedai Tack Seng Pudu la jwpnya..tali 40 paun Iciban baru je aku masukkan...Malam tu, 3 ekor lampam aku berjaya kail. Terpikir aku, "Kenapa tak lebih 3 ekor ye"..stakat nie x penah bawak balik lebih dari 3 ekor ikan lampam sungai nie. Alhamdulillah..Tu lah rezeki yang telah ditetapkan olehNya untuk aku mlm nie.
Aku mintak maaf la kepada pembaca2 blog PENUNGGU KAIL nie sebb lambat update. Minggu lepas aku sibuk skit. Ader trip memancing di KELONG GREENWAY PULAU KETAM. Balik dari tu buat 2 artikal untuk dihantar ke MAJALAH KEMBARA KAIL. Artikal pertama pasal MENGELAU. Artikal ke2 pasal trip PULAU KETAM. Aku diberi peluang untuk menjadi stringer (wartawan sambilan) untuk majalah tersebut. So, byak benda nak kena set up di awal2 penglibatan aku dalam BIDANG PENULISAN nie.termasuklah mencari kaki2 pancing untuk di INTERVIEW. Stakat nie dah 4,5 org kaki pancing yang setuju untuk aku interview. Semua dari pelusok negeri. Sabah, Sarawak, Singapura, Terengganu dan banyak lagi kaki2 pancing yang nak bagi aku story pasal trip diorang.
Dengan peluang yang diberikan oleh pihak MAJALAH KEMBARA KAIL dan MENULIS TENTANG HOBI KEGILAAN AKU, ia akan menjadi satu kerja yang menarik. Disamping tu dapat la tambah2 pendapatan melalui penulisan tu. Tu la org ckp, DARI HOBI MENJADI KERJAYA. Apa pun tunggu keluaran MAJALAH KEMBARA KAIL akan dtg. Dari situ aku akan cuba menilai tahap penulisan aku, dan yang paling penting. TUNGGU PAYMENT, Hikhikhik..kalau payment cantik, bleh la aku teruskan..
Tak lupa juga Terima kasih aku kepada pembaca2 yang memberi komen dan cadangan supaya aku wujudkan 1 post PASAL RESIPI PEKASAM. Juga pembaca2 yang bertanyakan "BILA NAK UPDATE BLOG, DAH BERSAWANG TU" hahhahaha secara tak langsung, itu semua membuatkan aku semangat nak update sebb ader MEREKA-MEREKA yang sedang menunggu artikal baru dari PENUNGGU KAIL..
akhir kata dari SIDANG PENUNGGU KAIL..
WASSALAM....